Menurut Hadits,
tanda Dajjal yang paling besar adalah bahawa ia akan membawa syurga
dan neraka. Apa yang pertama kali harus diingat sehubungan dengan
ini ialah, apabila dalam suatu Hadits, kata-kata jannah dan nar
dipakai untuk menunjukkan syurga dan neraka Dajjal, maka di lain
Hadits, syurga dan neraka Dajjal itu dinyatakan dengan kata-kata
lain. Misalnya, sebagai pengganti kata-kata syurga dan neraka Dajjal,
digunakanlah kata-kata ma' (air) dan nar (api); dan di lain Hadits
digunakan kata-kata nahar (sungai) dan nar (api). Lalu di lain
Hadits digunakan kata-kata dua sungai, sungai air dan sungai api.
Kemudian ada Hadits lagi
yang menerangkan, bahawa Dajjal akan membawa "Gunung roti dan sungai
air". Bahkan ada Hadits lagi yang sebagai pengganti kata-kata syurga
dan neraka Dajjal, digunakan kata-kata "dua gunung; yang satu penuh
dengan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan dan air, sedang yang lain,
penuh dengan api dan asap.
Dari uraian tersebut,
terang sekali bahawa kata jannah dan nar tidaklah bererti Syurga dan
Neraka yang sesungguhnya; demikian pula kata-kata sungai, api , asap,
gunung roti, dll, janganlah diertikan secara harfiyah. Semuanya itu
adalah kata ibarat; misalnya kata jannah, ini mengibaratkan
melimpahnya persediaan bahan-makanan, kesenangan dan kemewahan,
sedang kata nar mengibaratkan kurangnya bahan -makanan dan
kesenangan hidup. Adapun maksud sebenarnya ialah, barangsiapa
mengikuti Dajjal, ia akan hidup mewah, dan barang siapa menentangnya,
ia tak akan mempunyai persediaan bahan-makanan.
Bandingkanlah keadaan
kehidupan dua bangsa, iaitu bangsa-bangsa Islam yang hidup serba
kekurangan, dan bangsa-bangsa Nasrani yang hidup serba mewah; dan
inilah yang dimaksud dengan syurga dan neraka Dajjal. Kata-kata
syurga dan neraka tidaklah bererti bahawa Dajjal benar-benar membawa
syurga dan neraka seperti pedagang membawa barang dagangannya. Namun
yang sebenarnya dimaksud ialah bahwa Dajjal akan menguasai syurga
dan neraka sebagaimana diterangkan dalam Hadits berikut ini:
"Sungai dan buah-buahan
dunia akan tunduk kepadanya".
Inilah erti yang
sebenarnya dari kata-kata itu, yakni bahawa segala macam persediaan
yang mendatangkan kesenangan, kemewahan dan kenikmatan hidup di
dunia, semuanya dikuasai oleh Dajjal. Dan inilah yang disebut syurga
Dajjal bagi orang yang picik pandangannya; akan tetapi sebenarnya,
ini semua disebut neraka, kerana siapa saja yang tenggelam dalam
kesenangan hidup seperti berdansa, bersenang--senang, bersukaria,
melihat theater, bioskop, pergaulan bebas antara lelaki dan wanita,
minum, berjudi, melacur, pasti tidak ingat kepada Allah.
Akibatnya jiwanya menjadi
rosak; dan inilah neraka yang sebenarnya; dan sekalipun tidak
terlihat oleh mata jasmani, tetapi di Akhirat akan nampak dengan
terang. Sebaliknya apa yang disebut neraka Dajjal yang berupa
kehidupan yang tidak diliputi oleh kesenangan duniawi, adalah Syurga
yang sebenarnya, kerana semakin orang tidak tenggelam dalam
kesenangan duniawi, semakin besar pulalah keuntungan rohaninya,
sehingga ia dapat terus meningkat sampai mencapai hubungan dengan
Allah. Jadi syurga Dajjal itu terdiri dari kesenangan jasmani, yang
diperolehi dengan mengorbankan kehidupan rohani. Barang siapa
tenggelam dalam hidup senang, ia akan kehilangan kesenangan di zaman
yang akan datang.
0 komentar:
Posting Komentar