Dalam Hadits
diterangkan bahawa kekayaan bumi akan mengikuti Dajjal. Ini
mengisyaratkan penemuan orang-orang Eropah akan kekayaan bumi yang
terpendam. Di mana ada kekayaan bumi yang terpendam, baik yang
berupa emas, perak, besi, batubara, minyak dan bahan-bahan mineral,
pasti diketemukan oleh orang-orang Eropah.
Semua kekayaan itu, baik
di Barat mahupun di Timur, diusahakan oleh orang-orang Eropah.
Setelah dikeluarkan dari perut bumi, bahan-bahan itu dibuat
barang--barang yang oleh bangsa Eropa digunakan untuk menjajah
bangsa lain di dunia. Selain itu mereka mengusahakan daerah padang
pasir yang tandus dijadikan daerah yang subur dengan memberinya
saluran air.
Singkatnya, semua
kekayaan bumi baik yang berupa mineral mahupun hasil tanaman,
dikuasai oleh bangsa-bangsa Eropa. Semua kekayaan mengikuti Dajjal,
dan keuntungan bangsa-bangsa Eropah semakin bertambah, sedangkan
bangsa-bangsa lain di dunia hanya dijadikan buruh mereka untuk
menghasilkan bahan-bahan mentah guna kepentingan industri mereka.
Sejumlah besar emas dan
kekayaan dunia baik di India, di Afrika dan negara-negara Timur,
semuanya dikuras habis untuk ditompok di Eropah dan Amerika.
Alangkah hebatnya ru'yah Nabi SAW tiga belas abad yang lampau
tentang keadaan yang kita alami sekarang ini. Alangkah baiknya jika
ru'yah itu diberitahukan kepada orang-orang yang disesatkan oleh
kekayaan, kemewahan dan kekuasaan bangsa--bangsa Eropah, hingga
bertekuk lutut di hadapan mereka. Hendaklah mereka suka merenungkan
ketajaman penglihatan rohani Nabi SAW yang beberapa ratus tahun
sebelumnya, dapat melihat gambaran dunia sekarang ini dengan segala
perinciannya sehingga beliau mampu memberi gambaran yang jelas
kepada bangsa Arab ketika itu
0 komentar:
Posting Komentar