Sudah terang
bahawa memeluk agama Dajjal adalah cara yang sebaik-baiknya untuk
menghormati dan bersahabat dengan Dajjal. Hadits yang menerangkan
bahawa pengikut-pengikut Dajjal akan senang hidupnya, ini berlaku
pula bagi orang-orang yang bersumpah setia kepadanya. Ambillah
misalnya keadaan di lndia. Orang-orang yang sebelum masuk Kristian
termasuk golongan rakyat yang hidup sengsara, kini mereka menjadi
orang-orang kaya dan berkedudukan tinggi.
Kekayaan yang diambil
dari segala penjuru dunia dan ditumpuk di Eropah dan Amerika; jika
ini akan diambil sedikit untuk negara-negara lain di dunia; maka
pertama-tama, bahagian itu dibahagikan kepada negara-negara Timur
yang menganut agama Dajjal dengan memberikari kepada mereka
gaji-gaji yang memuaskan. Alangkah benarnya gambaran Hadits tentang
hal ini:
"Ia (Dajjal) akan membawa
gunung-roti, semua orang menderita kesukaran, kecuali orang-orang
yang mengikutinya".
Sungguh benar bahawa
jaminan yang terbaik bagi keamanan ekonomi sekarang ini ialah
memeluk agama Kristian. Orang-orang yang tak mahu mengambil jalan
ini dan tak mahu hidup rukun dengan mereka, pasti akan mengalami
kehidupan yang sukar dan sengsara. Alangkah benarnya gambaran yang
diberikan oleh Nabi SAW:
"Barang siapa mengikuti
Dajjal, ia akan diberi makan, akan tetapi ia dijadikan kafir"
(Kanzul-'Ummal, jilid VII, halaman 2104).
Lepas dari orang-orang
yang sepenuhnya menganut agama Dajjal, ada pula orang yang
bermain-mata dan mengambil muka dengan Dajjal, hanya kerana mengejar
wang semata-mata. Inilah golongan manusia yang dituju oleh Hadits
berikut ini :
"Kami bersahabat dengan
Dajjal, sekalipun kami tahu bahawa ia kafir. Kami bersahabat dengan
Dajjal agar kami dapat makan dari Persediaannya."
Inilah hamba-hamba perut
yang menari-nari menurut irama Dajjal. mereka mengerjakan hal-hal
yang bertentangan dengan agama, bangsa dan negara, hanya kerana
sesuap nasi. Tujuan Dajjal memberi makan orang-orang ini ialah agar
mereka menjadi orang yang tak beragama, sekalipun Dajjal tak
berhasil memasukkan mereka dalam agamanya; setidak-tidaknya Dajjal
berhasil menjadikan mereka acuh-tak acuh terhadap agama mereka
sendiri. Jika tidak demikian, apakah tujuan missi Kristian dan
sekolah-sekolah dan perguruan tinggi? Sebenarnya sistem
pendidikan yang diberikan kepada anak-anak kita, itu hanya bertujuan
untuk
memisahkan mereka dari agama dan Allah.
Dan apakah yang dijadikan
daya-penarik pendidikan ini? Tiada lain hanyalah diberinya mereka
hak untuk mendapatkan pekerjaan, jadi kembali lagi kepada persoalan
perut dan roti.
1 komentar:
The Best 10 casino sites not available for real money on the market 2021
5 · Best casino sites 대전광역 출장샵 not available for real 충주 출장안마 money · Wild Casino – 익산 출장샵 $1600. + 25 Free 정읍 출장안마 Spins · Betfair – $1,000 · Paddy Power – 상주 출장안마 $20,000 · Caesars
Posting Komentar