Mungkin orang akan bertanya,
jika sekiranya Dajjal dan Ya'juj wa-Ma'juj adalah dua sebutan yang
berlainan untuk menamakan satu bangsa, mengapa Al-Qur'an hanya
menyebutkan nama Ya'juj wa--Ma'juj saja, dan tak sekali-kali
menyebutkan nama Dajjal? Sebabnya ialah bahawa kata Dajjal,
sebagaimana kami terangkan di atas, ertinya "pembohong" atau
"penipu", dan tak seorangpun suka disebut pembohong atau penipu,
walaupun ia benar-benar seorang pembohong atau penipu yang ulung.
Sebaliknya, oleh kerana
Ya'juj wa-Ma'juj itu nama suatu bangsa, maka tak seorangpun akan
merasa keberatan memakai nama itu. Bahkan sebenarnya, bangsa
Inggeris sendiri telah memasang patung Ya'juj wa-Ma'juj di depan
Guildhall di London. Inilah sebabnya mengapa Al-Qur'an hanya
menggunakan nama Ya'juj wa-Ma'juj, dan tak menggunakan nama Dajjal
yang ertinya pembohong. Sebaliknya, kitab-kitab Hadits menggunakan
kata Dajjal, kerana nama Dajjal atau Anti Christ, dan
ramalan-ramalan yang berhubungan dengan ini, disebutkan dalam Kitab
Suci yang sudah-sudah. Oleh kerana itu, perlu sekali dijelaskan
bagaimana terpenuhinya ramalan-ramalan itu.
Selain itu, kata Dajjal
hanya menunjukkan satu aspek persoalan, yakni, kebohongan dan
penipuan yang dilakukan oleh bangsa itu, baik mengenai urusan agama,
mahupun mengenai urusan duniawi. Akan tetapi terlepas dari
sifat-sifatnya yang buruk, ada pula segi kebaikannya.
Dipandang dari segi
duniawi, kesejahteraan material mereka harus dipandang sebagai segi
kebaikan mereka. Itulah sebabnya mengapa dalam Hadits digambarkan,
bahawa mata Dajjal yang hanya satu, iaitu mata duniawi; gemerlap
bagaikan bintang. Al-Our'an juga menerangkan keahlian mereka dalam
membuat barang-barang. Jadi julukan Dajjal hanyalah sebahagian dari
gambaran bangsa itu.
Dalam Al-Qur'an,
bangsa-bangsa Kristian disebut "para penghuni Gua dan inskripsi"
(18:9). Gambaran ini menggambarkan dua aspek sejarah agama Kristian.
"Para penghuni Gua" merupakan gambaran yang tepat bagi kaum Kristian
dalam permulaan sejarah mereka kerana pada waktu itu ciri khas
mereka yang paling menonjol ialah hidup dalam biara. Mereka
meninggalkan sama sekali urusan duniawi untuk mengabdikan sepenuhnya
dalam urusan agama. Dengan perkataan lain, mereka membuang dunia
guna kepentingan agama.
Akan tetapi pada zaman
akhir, mereka digambarkan sebagai "Bangsa Inskripsi (ar-raqimi)".
Kata raqmun ertinya barang yang ditulis. Kata ini khusus digunakan
bagi harga yang ditulis pada barang-barang dagangan, seperti pakaian
dan sebagainya. Gambaran ini mengandungi erti penyerapan mereka yang
amat dalam, dalam urusan duniawi, fakta ini diuraikan dalam Al-Qur'an
sbb: "Orang-orang yang usahanya menderita rugi dalam kehidupan dunia
ini" (18:104).
Jadi, bangsa Kristian
yang pada permulaan sejarah mereka membuang dunia untuk kepentingan
agama, tetapi pada zaman akhir, mereka membuang agama untuk
kepentingan dunia; oleh sebab itu, mereka dikatakan dalam Al-Qur'an
sebagai "salah satu petanda Kami yang mengagumkan" (18:9). Sabda Al-Qur'an
tersebut di atas adalah gambaran yang tepat tentang kecondongan
mereka kepada kebendaan. Oleh kerana dalam urusan duniawi, mereka
lebih maju dari bangsa-bangsa lain, maka bangsa lain itu mengikuti
mereka secara membuta-tuli, kerana terpikat oleh
keuntungan-keuntungan duniawi yang dijamin oleh mereka.
Jadi, bangsa-bangsa
Kristian menyesatkan bangsa-bangsa lain di dunia, bukan saja dengan
pengertian yang salah tentang Putera Allah dan Penebusan dosa,
melainkan pula dengan cita-cita mengejar-ngejar kebendaan secara
membuta-tuli, dengan mengabaikan sama sekali nilai-nilai hidup yang
lebih tinggi. Oleh kerana itu, dalam Hadits, mereka diberi nama
Dajjal, atau penipu ulung.
0 komentar:
Posting Komentar