Dajjal Dan Anak Yang Tidak Sah
Hubungan bebas
yang tidak sah dan melebihi batas antara lelaki dan wanita,
menyebabkan kejalangan, dan menyebabkan bertambahnya anak-anak yang
tidak sah (anak-anak zina), dan ini adalah ciri khas kota-kota besar
di Eropah dan Amerika. Dalam ru'yah Nabi Suci melihat hubungan sex
yang tidak sah yang membuntuti materialisme:
"Awas! Sebahagian besar
kawan dan pengikut Dajjal adalah kaum Yahudi dan anak-anak yang
tidak sah."
Sejumlah besar anak-anak
zina ini dilindungi oleh undang-undang yang mengesahkan anak-anak
itu. Misalnya, seorang wanita mengandung kerana hubungan yang tidak
sah, akan tetapi sebelum bayi lahir, mereka melangsungkan pemikahan,
maka bayi itu dianggap sah. Sampai-sampai undang-undang itu begitu
remeh, hingga apabila lelaki dan wanita yang berbuat maksiat
melangsungkan perkahwinan di sembarang waktu, maka anak-anak yang
dilahirkan sebelum perkahwinan, semuanya dianggap sah.
Akan tetapi walaupun
undang-undang itu remeh sekali, namun di kota-kota Eropah (dan
Amerika), masih terdapat banyak anak-anak yang tidak sah, sekalipun
ditinjau dari undang-undang yang remeh ini. Bahkan anak-anak yang
lahir dalam keadaan perang, diberi julukan sebagai "anak pahlawan".
Jika orang mahu meninjau betapa merajalela pergaulan bebas antara
lelaki dan wanita di Eropah dan Amerika, orang dapat meramalkan
bahawa tak lama lagi penduduk daerah ini akan berpaling dari jalan
benar dan kembali kepada kehidupan biadab bagaikan binatang,
sepanjang mengenai hubungan sex antara lelaki dan wanita.
0 komentar:
Posting Komentar